Laman Web Rasmi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan telah memenangi TEMPAT PERTAMA Anugerah PUSPANITA Kebangsaan Kategori Laman Web PUSPANITA 2017 Peringkat Cawangan Negeri. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Y.Bhg. Puan Sri Datuk Seri Rohani Abdullah, Yang Dipertua PUSPANITA Kebangsaan sempena Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Kali ke-36 yang telah diadakan pada 27 Februari 2018 (Selasa) bertempat di Dewan Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan, YBrs. Pengerusi Biro Penerbitan dan AJK serta seluruh warga PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan di atas pencapaian yang amat membanggakan ini. "WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT". Alhamdulillah.