Seminar Keusahawanan Dan Kecantikan PCKN 2016

Seminar Keusahawanan Dan Kecantikan PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan merupakan julung-julung kali diadakan yang bertujuan untuk meningkatkan imej ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan, antaranya:

  • Menambah pengetahuan tentang kesihatan dan kecantikan dalaman serta luaran secara lebih terperinci kepada wanita;
  • Membentuk dan mengubah penampilan diri wanita agar lebih bersesuaian dengan imej sebagai wanita, isteri dan ibu yang berkerjaya;
  • Meningkatkan keyakinan diri wanita dengan penampilan yang lebih menyakinkan;
  • Berkongsi pendapat antara panel jemputandan peserta tentang kecantikan dan kesihatan;
  • Untuk meningkatkan sahsiah diri wanita dalam memilih penampilan diri yang bersesuaian ketika mengenakan solekan ketika di rumah atau semasa keluar bekerja. 

Seminar ini dilaksanakan dengan kerjasama FCE. Pas masuk dengan harga RM20:00 sekeping boleh didapati melalui:

PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan,

D/A  Bahagian Pengurusan Korporat,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,

Kompleks Kota Darulnaim,

15503 Kota Bharu Kelantan.

No. Tel: 09-7481957 atau Urusetia Seminar:

Puan Rosmawati 019-967 7933
Puan Yasmin 013-937 5073
Puan Haslina 019-941 3223