Perutusan Khas SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN

 

Perutusan Khas

                                                                                                      SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN

                                                                                            

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 Bismillahi Rahmanir Rahim

Segala pujian bagi Allah Subhanahu Wataala. Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ditujukan kepada NabiMuhammadS.A.W.kepadapara keluarga dan para sahabtnya.

Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada Puspanita Cawangan Negeri Kelantan kerana telah memberi peluang untuk saya menyampaikan sepatah dua kata dalam buku cederamata semperna Mesyuarat Agong ke 32 tahun 2015 ini.

Sesungguhnya tahun 2015 ini merupakan tahun yang memerlukan kita membanyakan lagi aktiviti-aktiviti kebajikan selepas kita ditimpa musibah banjir yang agak besar dalam sejarah Negeri Kelantan pada penghujung tahun lalu. Saya merasa sungguh bangga di atas komitment yang tinggi yang ditunjukkan oleh PUSPANITA Negeri Kelantan dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Sesungguhnya segal jasa baik yang ditaburkan ini hanya Allah S.W.T. jua sahajalah yang dapat membalasnya.

Saya akan terus mendoakan agar PUSPANITA Negeri Kelantan akan terus maju dalam mencapai objektifnya.

Sekian, wassalam.

*SYARIAT DIPATUHI, RAJA DIHORMATI, RAKYAT DILINDUNGI* 

Dengan Hormatnya,

DATO’ HJ. MOHD FAUDZI BIN HAJI CHE MAMAT, S.P.S.K., D.P.S.K. (Kelantan)