Kata –Kata Aluan PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KELANTAN

 

 

Kata –Kata Aluan
PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KELANTAN

 

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 Pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpahrahmatNya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan Kali Ke 32 Tahun 2015. Meskipundalam keadaan yang penuh cabaaran bagi semua ahli PUSPANITAkhususnnya dan semua penduduk negeri Kelantan amnya, kita dapat juga menyempurnakan tanggungjawab kita untuk mengdakan  mesyuarat agung tahunan sebagaimana yang diwajibkan ke atas setiap persatuan yang berdaftar.

Saya berharap agar semua ahli PUSPANITA kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan banjir besar yang melanda baru-baru ini. Sesamalah kita saling bantu membantu, baik dari segi material mahupun sokongan moral dan apa sahaja bentuk bantuan yang mampu kita hulurkan. Semoga dengan peristiwa ini silaturrahim antara kita bertambah erat dan keimanan kita bertambah teguh.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat agung pada hari ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Saya amat memahami kesulitan anda semua, maka oleh sebab itu sumbangan dan penglibatan anda lebih berharga dan lebih bermakna.

Akhir kata, saya mendoakan agar kita semua akan mendapat rahmat dan keberkatan dari penglibatan kita secara ikhlas dalam PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan dengan niat untuk mengangkat martabat diri kita dan keluarga kita khususnya dan seluruh kaum wanita amnya.

 

*SYARIAT DIPATUHI, RAJA DIHORMATI, RAKYAT DILINDUNGI*

*WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT*

Ikhlas dari saya,

 (DATIN HAJJAH ROS AINI BT HAJI GHAZALI)