Pengenalan

Puspanita Cawangan Negeri Kelantan telah ditubuhkan pada 1983. Pengurusan PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan dikendalikan sepenuhnya oleh YBhg. Datin Pengerusi bersama Ahli Jawatankuasanya di Rumah PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan yang terletak di Jalan Kampung Sireh, Kota Bharu yang merupakan pusat aktiviti persatuan ini.

Alamat : PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan

Rumah PUSPANITA, Jalan Kampung Sireh, 15100 Kota Bharu.

Alhamdulillah, semenjak penubuhan hingga kini, dengan segala asam garam dan pahit manis yang telah ditempuhi, telah meneguhkan lagi persatuan dan semangat ukhwah yang jitu dikalangan ahli-ahlinya. Berkat dari komitmen seluruh ahli dan keprihatinan pengerusi - pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Kelantan, segala aktiviti sentiasa berjalan lancar dan berkesan.

 

SEJARAH PENUBUHAN

Puspanita Cawangan Negeri Kelantan telah ditubuhkan pada 1983 oleh YBhg. Datin Hajjah Rohani bt Mohamad, isteri kepada YBhg. Dato, Wan Mohamad bin Wan Yusoff, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada ketika itu. Susunan kepimpinan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan adalah sebagaimana berikut:-

 

MANTAN PENGERUSI

1983 – 1989

YBhg. Datin Hajjah Rohani bt. Mohamad

1989 – 1992

YBhg. Datin Hajjah Zainun bt. Yusoff

1992 – 1993

YBhg. Datin Hajjah Mariam bt. Ibrahim

1993 – 1994

YBhg. Datin Hajjah Istafiah bt. Abdullah

1994 – 2001

YBhg. Datin Hajjah Noor Zakiah bt. Hj. Ahmad

2001 – 2004

YBM. Datin Hajjah Tg. Rosiah bt. Yg. Yaacob 

2004 - 2012

YBhg. Datin Hajjah Rosneli bt. Kundor

2012 - 2013

 YBhg. Datin Hajjah Maimunah bt. Hj. Ahmad

2013 - sekarang

YBhg. Datin Hajjah Ros Aini bt. Haji Ghazali

 

Selama tempoh 30 tahun penubuhan PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan, ianya telah dinaungi oleh 9 orang Pengerusi dan sehingga 31 Disember 2014, keahliannya telah mencecah ke angka 4000 orang.